Klik Klik

19 April 2013

Review : Baju Tunang .

Entry basi. huhu. Majlis dah hampir sebulan  lebih berlalu. 
Tapi baru arini nak update. Apakah ? Huhu. Aku baru teringat nak 
update sebab bagi aku majlis ni merupakan suatu kenangan yang 
cukup indah dalam hidup aku. So, tak salah rasanya kalau aku kongsikan 
di dalam blog yang takde orang nak baca ni.hahahahah. Tak pernah terfikir 
langsung pada tarikh tersebut aku selamat menjadi tunangan 
orang.  Betul kata orang, jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
Tak siapa yang tahu kan ? huhu

Tarikh : 2.3.2013
Tempat : Felda Raja Alias 4, Jempol, Negeri Sembilan

Tema : Purple + Hijau 

Baju : Kurung Moden

Masa majlis tu, kain untuk baju ni aku beli dekat Jakel Shah Alam dan 
tempah sendiri. Biasanya orang akan sewa, tapi aku decide nak tempah 
sendiri sebab lepas tu boleh pakai balik masa raya nanti.hahaha.
 Jimat kan ?Kalau sewa, rugi weh. Bayar mahal2, tapi pakai sekejap je .
Lepas majlis kene pulang balik sebab dah nama pun sewakan ? 
huhuhu.


Harga semeter aku tak ingat berapa, tapi aku beli 4 meter.
Total semua RM 240 selepas puas aku dok tawar menawar. 
Payah giler sales tu nak bagi diskaun. Pasni taknak dah jejak 
Jakel Shah Alam. haha. Untuk tempahan, aku hantar dekat tukang 
jahit yang biasa aku hantar. Uzias Taylor & Spa. Kedai jahit ni betul2 
belakang warta Bangi dan berdekatan dengan MCD dan Cosway.


 Upah jahitan adalah berdasarkan jenis kain yang kita 
hantar dan design baju yang kita nak. Aku suka dengan jahitan dia. 
Kemas. dan yang paling penting baju yang siap dijahit selesa 
apabila dipakai. Terbaek ! Untuk baju kurung moden aku ni, 
upah adalah RM 90 sahaja.

Neck Covered Inner by Radiusite
RM 29 exclude postage

Untuk tudung pulak, aku decide pakai inner dengan shawl je.
Opismate suggest  Fareeda, tapi aku tak berkenan pulak tudung macam tu.huhu
So, aku terjah website ni sebab masa adik aku kawen dulu aku penah beli
 shawl dia. Walaupun harga mahal sedikit,tapi lagi mahal Fareeda kot . hahaha.
Kualiti kain memang  terbaek. Inner neck ni sedap pakai.
Tak panas. Sejukkkk je. I like.

 Kat web sini macam2 kaler ada. Oh ye. Inner neck ni aku beli online ye
sebab aku tak sempat nak terjah butik dia kat Shah Alam. Beli pun last
 minit sebab puas cari yang sesuai dan sedap pakai, tp tak jumpa. huhuhu.
Last2 Radiusite juga menjadi pilihan. Servis kat Radiusite ni terbaik.
Emel dibalas dengan cepat dan penghantaran pun pantas.
Dua hari bekerja , barang dah boleh sampai.
Shawl Shasmeen Uyyun by Radiusite
RM 95.00 exclude postage

Untuk shawl pun aku beli dekat Radiusite 
jugak. Memang berkenan 
habis dengan shawl ni. Beading2 kat atas kepala tu cantikkkkk
sangat . Kaler dia pun jarang orang pakai. Aku beli sekali dengan kain
 yang aku beli dekat Jakel Shah Alam.  Aku  beli shawl ni dulu, baru
pegi Jakel cari kain.haha.

So, total semua :
Baju + Upah = RM 330
Inner Neck = RM 35 (include postage)
Shawl Shasmeen Uyyun = RM 95

Jumlah keseluruhan = RM 460

Ingat nak let go shawl shasmeen uyyun ni. Ada sesapa nak beli ke ?
Tapi macam sayang la pulak. huhuhu. Rasa nak let go sebab
naluri kuat mengatakan takkan pakai dah lepas ni.
Nak pakai pegi opis macam meriah sangatttt.
Simpan je la buat kenangan kan ? hahaha.



















No comments: